My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 May 2016

    van Gaal Akhirnya Dipecat




    Louis van Gaal akhirnya dipecat daripada jawatan sebagai pengurus Manchester United, menurut laporan beberapa media Britain semalam dengan spekulasi tempatnya bakal digantikan Jose Mourinho. 

    Kedua-dua Van Gaal dan tokoh peguam buruh Paul Gilroy dilihat memasuki pusat latihan United di Carrington semalam. Di antara klien Gilroy termasuk David Moyes, pemecatannya di United membuka jalan untuk pelantikan Van Gaal.

    Begitupun masih belum ada pengesahan rasmi daripada United, juara Inggeris 20 kali mengenai kedudukan Van Gaal yang masih mempunyai baki semusim daripada kontrak asal selama tiga tahun. 

    Namun James Ducker, wakil bola sepak wilayah utara akhbar Daily Telegraph menerusi Twitter berkata: “Paul Gilroy memperhalusi pakej pemecatan Van Gaal, bayaran pelepasan £5 juta (RM29.5 juta). Pengumuman dijangka dibuat pada tengah hari.”

    BBC menyatakan United akan membuat pengumuman mengenai Van Gaal pada jam 1 petang waktu tempatan semalam. Media Britain sering membayangkan penyingkiran Van Gaal dalam laporan mereka selepas kebocoran maklumat daripada sumber tidak diketahui tersebar luas ketika Manchester United menjulang Piala FA Sabtu lalu.

    Pengurus Belanda itu secara berkias memberitahu ‘ia sudah berakhir’ ketika meninggalkan hotel skuad itu di London kelmarin namun tidak jelas sama ada ia merujuk kepada tempoh jawatannya atau kempen United.

    BBC melaporkan Van Gaal tidak diberitahu sama ada beliau akan kekal untuk musim berikutnya, biarpun dikatakan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu dipercayai perlawanan terakhirnya.

    Biarpun memenangi trofi pertama sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013, skuad United kendalian Van Gaal gagal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan gagal layak ke Liga Juara-Juara. Peminat juga tidak berpuas hati dengan gaya bola sepak yang diperkenalkan Van Gaal.

    United hanya menjaringkan 49 gol liga musim ini, jumlah jaringan terendah dalam tempoh 26 tahun dan ramai peminat beranggapan pendekatan Van Gaal bertentangan dengan corak serangan yang menjadi tradisi kelab itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: van Gaal Akhirnya Dipecat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top