Produk terbaru Samsung iaitu televisyen Samsung SUHD menerima pelbagai anugerah dan pengiktarafan antarabangsa sejak ia dipamerkan kepada dunia pada empat bulan lalu, sekali gus mengangkat Samsung sebagai jenama yang memiliki teknologi pintar dan reka bentuk menakjubkan.
Pada Pameran Elektronik Pengguna 2016 di Las Vegas dan Forum Samsung Asia Tenggara 2016, barisan televisyen terbaru Samsung berjaya menarik perhatian ramai melalui ciri unik teknologi paparan Quantum Dots yang mewujudkan lebih banyak warna terang tanpa menjejaskan gambar dan meningkatkan ketepatan warna 30 peratus untuk menampilkan imej lebih hidup di rumah.
Techhive.com mengulas teknologi nano dibelakang Quantom Dots menjadikan piksel individu sukar untuk dikesan meskipun dilakukan dengan teliti manakala Reviewed.com tertarik bagaimana Samsung menghasilkan Diod Pemancar Cahaya (LED) berkuasa memenuhi standard UHDA 1,000 nit dengan mengatakan bahawa penghasilan LED terang dalam TV nipis tanpa isu keseragaman latar belakang yang teruk adalah satu pencapaian baik.
Selain ketepatan imej, Ubergizmo.com menyenaraikan Samsung SUHD TV yang mengandungi SmartHub iaitu perisian khusus untuk jenama itu sebagai pilihan terbaik pada Pameran Elektronik Pengguna 2016 melalui usaha Samsung dalam menyediakan setiap jenis kandungan dalam pelbagai cara, sekali gus menjadikan pengalaman tontonan di rumah lebih berharga.
Samsung Electronics Malaysia dijangka beradadi pasaran tempatan bersempena Euro 2016 dengan tawaran penjimatan hebat sehingga RM2,000 bagi setiap pembelian UHD TV antara 1 Mei hingga 31 Mei ini.
0 comments:
Post a Comment