My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 May 2016

    MCA Kutuk Wakil DAP Mainkan Sentimen Rasis Dalam Kempen PRN Sarawak



    MCA baru-baru ini telah mengutuk keras DAP kerana memainkan isu perkauman semasa pilihan raya negeri Sarawak yang baru sahaja melabuhkan tirainya, dengan apa yang disifatkan sebagai politik keji dan kotor. 

    Dalam satu kenyataan, Ti Lian Ker merujuk kepada video yang memaparkan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali sebagai ‘Superman’ di kalangan penyokongnya kerana sering memakai baju superhero komik itu. Semasa berkempen dalam pilihan raya negeri itu, Hew, menerusi ceramah Skype, menggesa para pengundi Cina untuk menyokong Abdul Aziz Isa bagi kerusi Batu Kitang. 

    Beliau berkata, jika terpilih, Abdul Aziz akan “menggasak Melayu” sendiri, “menggasak Melayu yang rasuah” dan “menggasak pok kai (berwang) Melayu sendiri. Ini pertunjukkan yang baik untuk kita tonton, setuju tidak?” tanya beliau dalam ucapan berbahasa Cina.

    Video ucapan tersebut berlegar-legar dalam media sosial dan turut berada pada akaun Facebook milik Hew. Mengulas lanjut, Ti berkata, adalah malang bagi DAP untuk selalu memainkan nada seperti itu dengan mencanangkan sentimen kaum dan agama.

    Ujar beliau, mereka hanya parti berbilang kaum atas kertas sahaja namun memainkan perkauman dalam kebanyakan ucapan mereka terutama ketika berucap kepada penonton Cina”.

    “Mereka telah gagal sebagai parti berbilang bangsa namun berlindung di sebalik emosi dan sifat chauvinisme. Sesetengah pihak terlepas pandang keburukan mereka ini apabila mahu menuntut perubahan,” katanya.

    Sebelum ini, DAP kerap menuduh UMNO sebagai sebuah parti rasis yang ultra Melayu. Dakwa mereka UMNO lah yang mengajar mereka menjadi rasis dan melabelkan MCA sebagai "hamba" UMNO didalam Barisan Nasional.

    Dakwaan ini nyata satu yang berniat busuk oleh DAP kerana didalam Barisan Nasional, semua pihak dan kaum mempunyai hak untuk bersuara. Malah, walaupun dipengerusikan oleh Presiden dari UMNO, namun sepanjang MCA didalam Barisan Nasional, tidak pernah walau sekalipun suara mereka tidak didengari oleh Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN pusat.

    Inilah fitnah jahat dari DAP untuk menghancurkan kesepakatan dan hubungan erat yang terjalin antara UMNO dan MCA sejak sekian lama. Dakyah mengarut seumpama ini jelas mahu menjahanamkan kekuatan kesemua parti komponen BN yang sentiasa kukuh menyokong barisan kepimpinan sedia ada.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Kutuk Wakil DAP Mainkan Sentimen Rasis Dalam Kempen PRN Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top