My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 May 2016

    BN "Underdog" Di Sungai Besar Dan Kuala Kangsar


    Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak dijangka membabitkan pertandingan lebih dua penjuru, kata Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

    Menurut Dr Ahmad Zahid, beliau menjangkakan situasi itu berikutan pendirian PAS meletak calon selain parti pembangkang lain yang turut berminat bertanding di kedua-dua kerusi itu. “Kita (Barisan Nasional) menghormati pendirian PAS untuk meletakkan calon mereka dan tidak berkompromi untuk menarik diri atau meletakkan calon daripada parti lain.

    “Untuk itu, BN akan bergerak sebagai ‘underdog’ (bukan pilihan) walaupun kita menang (di kedua-dua kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13),” katanya.

    Jelas beliau, majoriti kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada PRU-13 wajar disemat kemas sebagai peringatan kepada jentera itu untuk terus bekerja keras menjelang PRK bulan depan.

    “Walaupun BN menang, majoriti di Parlimen Sungai Besar hanya 349 dan Kuala Kangsar pula hanya 1,082. Saya mengingatkan diri saya dan seluruh jentera BN supaya melipatgandakan usaha dan bekerja keras.

    “Ini bukan kempen biasa dan banyak perubahan dalam kempen yang harus dilakukan di kedua-dua kawasan,” katanya. Dr Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan bergantung penuh kepada kempen secara konvensional, sebaliknya bersedia memanfaatkan sepenuhnya kemudahan media sosial untuk meraih sokongan pengundi.

    “Ini penting kerana di Parlimen Sungai Besar saja mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi muda, selain 7,000 yang mendaftar di kawasan itu, tetapi mereka tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

    “Begitu juga halnya di Kuala Kangsar, biarpun 68 peratus pengundi terdiri daripada orang Melayu, namun sebahagian daripada mereka berada di bandar,” katanya. Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan pemergian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BN "Underdog" Di Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top