My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 24 May 2016

    Demam Euro Kian Menghampiri



    Setiap dua tahun, penggemar sukan bola sepak pastinya akan bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk melihat sendiri kemeriahan dua pertandingan bola sepak terunggul di muka bumi ini. Pastinya tumpuan akan terarah kepada kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan empat tahun sekali. Begitu juga dengan kejohanan bola sepak Eropah yang turut berlangsung empat tahun sekali.

    Tahun ini, peminat bola sepak di Malaysia akan disajikan dengan Kejohanan bola Sepak Euro 2016 yang dijangka bakal membuka tirainya bulan hadapan. Prestij yang bakal disajikan, pastinya bukan calang-calang kerana buat pertama kalinya, kejohanan ini mengumpulkan 24 buah negara terunggul bola sepak Eropah berbanding 16 pada kejohanan yang lalu.

    Kesemua 24 buah pasukan ini dibahagikan kepada 6 kumpulan. Berikut merupakan pecahan kumpulan-kumpulan berkenaan dan fakta-fakta menarik tentang kejohanan terunggul Eropah ini.

    A - Perancis (Tuan Rumah), Romania, Albania Dan Switzerland

    B - England, Rusia, Wales dan Slovakia

    C - Jerman (Juara Dunia), Ukraine,  Poland dan Ireland Utara

    D - Sepanyol (Juara Bertahan), Republik Czech, Turki dan Croatia

    E - Belgium, Itali, Ireland dan Sweden

    F - Portugal, Iceland, Austria dan Hungry


    * Perancis memenangi hak menganjurkan kejohanan pada kali ini setelah menewaskan 4 lagi buah negara Eropah yang turut berminat menganjurkan kejohanan ini. Perancis menewaskan Turki, Itali, Norway dan Sweden pada pengundian berkenaan. Namun begitu, Sweden dan Norway menarik diri sebelum pengundian akhir kerana mereka lebih berminat untuk menjadi penganjur bersama.

    Ia jelas bertentangan dengan hasrat UEFA dimana mereka lebih berminat mencari penganjur persendirian setelah mengalami kesukaran sewaktu penganjuran bersama Euro sebelum ini. Pada pengundian akhir, Perancis memperolehi 50 undi, Turki 44 undi dan Itali cuma 23 undi.

    * Setiap kali kejohanan besar berlansung, isu tiket sentiasa menjadi sebutan ramai pihak. Bagi kejohanan kali ini, Perancis menyediakan tiket semurah 25 Euro (RM 115) untuk 43 daripada 51 perlawanan. Bagi tiket termahal pula, harga yang ditetapkan adalan 895 Euro (RM 4,102) dan kesemua tiket ini dijangka akan habis dijual menjelang 10 Jun yang akan datang.

    * Iker Casillas dijangka bakal memecah rekod baru penampilan terbanyak dalam Euro apabila bakal mengetuai Sepanyol untuk penampilan ke 12 sejak menyertai kejohanan ini pada tahun 2008.

    * Sepanyol juga bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri andai berjaya memenangi Euro 2016 pada kali ini. Andai berjaya, mereka akan mencipta kejayaan mereka yang tersendiri apabila merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

    * Kejayaan menewaskan Yugoslavia 6 - 1 pada Euro 2000 lalu meletakkan skuad Belanda berada dalam kelasnya yang tersendiri dan terus memegang rekod kemenangan terbesar dalam sesuatu kejohanan Euro. Namun begitu, skuad The Oranje tidak layak pada kejohanan kali ini.

    * Dengan 9 gol, Michel Platini masih mengekalkan status sebagai penjaring gol terbanyak Euro sepanjang zaman. Menariknya, semua gol berkenaan dilakukan pada edisi 1984, penyertaan tunggal Platini di peringkat Eropah. Hari ini, Zlatan Ibrahimovic (6 gol), Wayne Rooney (5 gol) dan Cristiano Ronaldo (5 gol) berpeluang untuk memecahkan rekod ini.

    * Sebanyak 579 gol terhasil sejak 14 penganjuran Euro dari 1960 sehingga 2012. Daripada jumlah ini, 85 gol telah terhasil sepanjang Euro 2000 dimana inilah kejohanan yang paling banyak menghasilkan gol sepanjang penganjuran Euro.

    * Euro 2016 kali ini berjaya membawa 5 buah negara baru kedalam kejohanan ini. Iceland, Wales, Ireland Utara, Slovakia dan Albania bakal membuat debut pertama mereka apabila saingan Euro membuka tirai bulan hadapan.

    * Buat pertama kalinya, Kepulauan Inggeris menampilkan wakil terbanyak dalam kejohanan ini. England, Ireland, Ireland Utara dan Wales bakal menjadi taruhan Kepulauan Inggeris dalam kejohanan kali ini. Namun begitu, Scotland yang secara tradisinya mengiringi England ke setiap kejohanan besar tidak layak pada pertandingan kali ini.

    * Tidak lengkap andai sesuatu kejohanan tidak mempertaruhkan sesuatu piala. Pastinya, buat kesekian kalinya, Piala Henri Delaunay bakal menjadi rebutan 24 buah pasukan terbaik Eropah.

    Trofi versi kedua ini mempunyai berat 8 kilogram dan ketinggian 60 setimeter. Ia dibuat berdasarkan rekaan asal syarikat Arthus-Bertrand pada tahun 1960 serta dinamakan sempena nama Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Henri Delauny.

    * Mengikut agensi perjudian terkenal Eropah, Jerman diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi kejohanan ini. Ini diikuti oleh Sepanyol, Perancis, England dan Itali.

    Siapakah pasukan pilihan anda? Berikut merupakan jadual penuh perlawanan.

       
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: Demam Euro Kian Menghampiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top