My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 May 2016

    Search Tuntut Yazit Minta Maaf



    Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy dan tiga anggota lain iaitu Nasir, Nordin dan Kid meminta pemain dram mereka, Yazit agar menghentikan tuduhan tidak berasas serta dakwaan berlaku pecah amanah dalam kumpulan mereka. 

    Dalam satu sidang media khas yang berlangsung semalam, mereka turut menuntut Yazit membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Wangsa Maju pada 4 Mei lalu.

    "Tuduhan pecah amanah yang dibuat oleh Yazit terhadap empat anggota lain adalah tidak berasas. Mereka berikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan secara perundangan tiada langsung kes jenayah yang disabitkan.

    "Nama baik Search kini tercemar kerana beliau membuat dakwaan kononnya Amy mempergunakan sekolah agama untuk kepentingan peribadi. Kami memberikan dia tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf ini sebelum melihat untuk membuat tindakan selanjutnya," kata peguam mereka, Yusmadi Yusoff.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Search Tuntut Yazit Minta Maaf Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top