My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 May 2016

    FGV Lancar Produk Cegah Serangan Parasit


    Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), menerusi anak syarikatnya, Felda Agricultural Services Sdn Bhd, melancarkan dua produk berinovasi baru iaitu YangambiGT1 dan PalmaShield bagi mencegah serangan ganoderma antara ancaman utama kepada industri perladangan sawit. 

    Gadonerma adalah tumbuhan parasit jenis cendawan yang menyebabkan penyakit reput pangkal batang sawit. Ketika ini, empat peratus atau 60,000 hektar daripada keseluruhan ladang sawit di Malaysia diserang oleh ganoderma dengan anggaran kerugian industri sebanyak RM1.5 bilion. 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, kluster R&D dan Khidmat Agri telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk membangunkan benih baru YangambiGT1 sekali gus menjadi penyelesai terbaik untuk jangka panjang bagi menangani serangan ganoderma.

    "PalmaShield pula mempunyai keunikan tersendiri kerana adalah agen kawan biologi yang hanya perlu digunakan sekali sahaja ketika anak pokok sawit ditanam berbanding produk lain di pasaran. 

    "Inovasi baru ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh mengancam alam sekitar dan selari dengan komitmen syarikat bagi menerapkan amalan kemampanan dalam setiap operasi perniagaan," katanya di majlis pelancaran YangambiGT1 dan PalmaShield di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FGV Lancar Produk Cegah Serangan Parasit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top