My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 May 2016

    Gabenor Bank Negara Postif Kemampuan Kerajaan


    Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim yakin kerajaan akan mematuhi segala syarat pinjaman atau hutang yang telah dibuat. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai impak serta kedudukan kewangan negara sekiranya syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko tidak melaksanakan pembayaran hutangnya.

    “Saya yakin bahawa kerajaan akan komited dalam mematuhi segala syarat pinjaman selain menyelesaikan hutang-hutangnya. Malah, penyelesaian perkara-perkara 1MDB juga akan memperbaiki sentimen pasaran,” katanya ketika ditemui selepas berucap pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 di sini, semalam.

    Sementara itu, Muhammad juga akan mengetuai sesi pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk suku pertama 2016 pada Jumaat ini, iaitu pembentangan KDNK pertamanya dalam lantikan sebagai Gabenor pada 1 Mei lalu.

    Dalam pada itu, berdasarkan laporan sebelum ini, 1MDB dijangka melakukan pembayaran kupon terhadap bon bernilai AS$1.75 bilion pada Rabu ini mengikut waktu London. Malah, 1MDB sebelum ini sudah melantik dua firma penasihat Alvarez & Marsal Asia Ltd (A&M) dan D F King Ltd (D F King) dalam melaksanakan proses rundingan bersama pemegang-pemegang bon dalam mata wang dolar Amerika Syarikatnya (AS).

    Dalam pada itu, BNM, selaku bank pusat terus mempergiatkan usaha dalam meletakkan kewangan Islam menjadi industri yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selain menjana keupayaan di peringkat global.

    Muhammad berkata, gabenor-gabenor terdahulu membina asas kukuh dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat sehenti kewangan Islam global yang sentiasa memenuhi keperluan pasaran domestik dan antarabangsa.

    Menurutnya, sektor kewangan Islam adalah antara segmen berkembang pesat di seluruh dunia dan setakat ini direkodkan kadar pertumbuhan dua digit dalam tempoh beberapa tahun ini meskipun diduga dengan ketidaktentuan ekonomi semasa.

    “Kewangan Islam sudah berkembang dengan kukuh dan ia sudah mencapai pertumbuhan melebihi dari pasaran Islam biasa dengan peningkatan kuat dari pelbagai segmen seperti perbankan, takaful dan pasaran modal.

    “Lebih membanggakan, kadar penerbitan sukuk global turut meningkat sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini dengan industri perbankan Islam ketika ini mewakili lebih daripada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan,” katanya.

    Pada awal 1980, Gabenor Abdul Aziz Taha menggerakkan asas bagi penubuhan bank Islam pertama negara dan penerbitan sukuk kerajaan yang pertama manakala sistem kewangan dual yang digunakan sehingga hari ini pula adalah idea Gabenor Jaffar Hussein.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gabenor Bank Negara Postif Kemampuan Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top