My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 May 2016

    Pendapatan FGV Naik 39 Peratus



    Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), merekodkan peningkatan jumlah pendapatannya sebanyak 39 peratus kepada RM3.75 bilion bagi suku pertama 2016. Peningkatan itu berikutan kenaikan harga minyak mentah (CPO) iaitu RM2,303 per tan pada suku pertama ini berbanding RM2,279 per tan tempoh sama tahun lalu. 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad berkata, biarpun berdepan dengan cabaran pada suku pertama ini, pihaknya akan terus memfokus untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kumpulan.

    "Kami akan memastikan pertumbuhan keuntungan menerusi inisiatif yang dilaksanakan FGV iaitu dengan mengurangkan kos pengeluaran dan rasionalisasi aset," katanya pada sidang media FGV di sini, semalam.

    Bagaimanapun, FGV merekodkan kerugian selepas cukai, zakat dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM66 juta bagi suku pertama 2016. Zakaria berkata, pihaknya yakin dapat mencapai peningkatan dalam keuntungan FGV bagi keseluruhan tahun kewangan 2016, terutama disumbangkan oleh peningkatan harga minyak mentah dan penjimatan kumpulan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pendapatan FGV Naik 39 Peratus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top