Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar Jumaat ini.
Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Dalam perkembangan yang sama, SPR dilaporkan akan mengumumkan tarikh Hari Penamaan Calon, Tarikh Pengundian Awal dan Tarikh mengundi untuk kedua-dua Parlimen ini pada hari yang sama, sebaik sahaja mesyuarat bagi membincangkan kekosongan ini selesai.
0 comments:
Post a Comment