My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 May 2016

    #PRKKualaKangsar : Penduduk Cukup Tenang Hadapi Pilihan Raya Kecil



    Apabila menjejakkan kaki ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar di Perak, pastinya pandangan kita akan dibawa menyelusuri Sungai Perak yang sentiasa setia menghiasi Bandar Kuala Kangsar. Sejak dari dahulu, bandar ini sentiasa tenang tanpa sebarang hiruk pikuk yang meyeksakan walaupun daerah ini sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil.

    Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar ini terpaksa diadakan setelah penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh dalam nahas helikopter di Kampung Triso, Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.

    Semasa tinjauan dilakukan di Parlimen ini, rata-rata penduduk samada dari keturunan Melayu, Cina mahupun India, masih terkejut dan bersedih diatas kehilangan Ahli Parlimen yang mereka sifatkan sebagai mudah didekati dan sentiasa mengambil tahu hal ehwal dan masalah penduduk setempat.

    Rata-rata yang ditemui menyifatkan, kehilangan Allahyarham cukup meninggalkan kesan keatas penduduk di Parlimen Kuala Kangsar. Malah ada yang menyatakan perasaan terkilan mereka dimana semua yang telah dirancang oleh Allahyarham kini tergendala.

    Berbalik kepada situasi semasa, Kuala Kangsar pada pandangan penulis, cukup tenang dan para penduduknya terus menjalankan urusan seharian mereka seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku. Seorang penduduk yang ditemui memberitahu, rata-rata penduduk di Parlimen ini cukup matang dalam berpolitik dimana, mereka hanya akan mula menyiapkan Parlimen ini sewaktu hari penamaan calon kelak.

    Walaupun Parti Amanah Negara (PAN) dilihat sudah mula menyebarkan risalah mereka ke hampir semua kedai-kedai makan di sekitar bandar ini, namun majoriti penduduk tidak memperdulikan risalah-risalah berkenaan. Bagi mereka, belum tiba masanya untuk mereka bergerak dan menghangatkan politik di sekitar parlimen ini.

    Buktinya, ada diantara risalah dibuang dan ditinggalkan sahaja di atas meja makan. Lebih menarik lagi, majoriti penduduk di Parlimen ini mengharapkan calon yang bakal diketengahkan nanti, adalah anak tempatan dan mampu meneruskan legasi dan perancangan yang telah dirangka oleh Allahyarham bagi membangunkan lagi Kuala Kangsar.

    Ketika diajukan dengan soalan polemik yang berlaku antara PKR dan PAN bagi kerusi ini, salah seorang peduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Halim memberitahu, itulah bukti dimana pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak rakyat, terlalu tamakkan kuasa sehingga sanggup bergaduh antara satu sama lain.

    Bagi beliau, apa yang beliau mahukan adalah kestabilan pentadbiran dimana sepanjang Allahyarham mentadbir Parlimen Kuala Kangsar, beliau berjaya menarik ramai penduduk untuk menyertai aktiviti setempat dan ia dilihat berjaya merapatkan semula jurang yang terbentuk akibat perpecahan politik.

    Malah beliau juga menzahirkan perasaan teruja apabila buat pertama kalinya, PAS dan BN dilihat dapat duduk semeja membincangkan hala tuju kempen mereka walaupun pada dasarnya, kedua-dua buah parti ini masih lagi bermusuh. Ini membuktikan, dasar BN dan dasar baru yang diamalkan PAS lebih cenderong untuk melihat kesepakatan dan perpaduan terus terjalin.

    Lain pula halnya dengan Pakatan Harapan. Walaupun dikatakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bakal bertanding dikerusi ini, namun campur tangan PKR jelas menyebabkan mereka masih gagal membuktikan merekalah yang paling layak menjadi wakil bagi Parlimen ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKKualaKangsar : Penduduk Cukup Tenang Hadapi Pilihan Raya Kecil Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top