My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 May 2016

    Filipina Bakal Mendapat Presiden Baru


    Calon kontroversi, Rodrigo Duterte menang besar dalam pilihan raya Presiden Filipina, menurut maklumat pilihan raya yang disiarkan semalam selepas kempen ‘berapinya’ untuk membunuh penjenayah. 

    Duterte yang merupakan Datuk Bandar Davao di selatan Filipina, memikat berjuta-juta pengundi selepas berjanji akan segera menyelesaikan masalah kemiskinan dan jenayah di Filipina walaupun terpaksa berlaku kejam. Rakyat bimbang gejala itu menjadi semakin buruk walaupun Filipina mencatatkan pertumbuhan ekonomi kukuh sejak beberapa tahun lalu.

    Duterte, 71, memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kelmarin yang turut merekodkan bilang pengundi ramai, demikian menurut PPCRV, sebuah badan pemerhati pilihan raya kelolaan Gereja Katolik yang diiktiraf kerajaan untuk mengira jumlah undi.

    Selepas 89 peratus undi dikira pagi semalam, Duterte mendahului dengan kelebihan 5.92 juta undi berbanding pencabar terdekatnya, Mar Roxas, demikian menurut data berkenaan.

    “Dengan rasa rendah diri, amat rendah diri, saya menerima mandat ini daripada orang ramai,” kata Duterte kepada menjelang pengumuman keputusan pilihan raya itu sambil menambah, kempennya untuk menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman adalah kunci kemenangan beliau.

    “Apa yang saya boleh janjikan kepada anda ialah saya akan lakukan yang terbaik walaupun ketika saya tidur,” katanya. Menurut PPCRV, Duterte memperoleh 38.65 peratus undi, manakala Roxas mendapat 23.16 peratus dan Senator Grace Poe di tempat ketiga dengan 21.71 peratus. Di Filipina, pemenang pilihan raya Presiden ditentukan berdasarkan calon yang memperoleh undian paling banyak.

    Poe yang merupakan anak angkat seorang bintang filem Filipina, mengaku kalah sejurus selepas tengah malam semalam. “Sebagai seorang penyokong kuat reformasi pilihan raya, saya
    mempunyai kepercayaan kuat kepada suara dan sentimen rakyat kita. Saya menghormati pilihan raya kita,” kata Poe kepada pemberita di Manila.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada Duterte dan berjanji memberi sokongan ketika bekerja untuk memulihkan negara kita dan menyatupadukan rakyat ke arah pembangunan berterusan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Filipina Bakal Mendapat Presiden Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top