My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 May 2016

    Wajah Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia


    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan senarai nama 25 pemain bagi menghadapi aksi persahabatan berstatus 'A' bertemu Myanmar di Yangon 28 Mei ini, disusuli dua aksi play-off 1 kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste pada 2 dan 6 Jun ini di Larkin. 

    Berdasarkan senarai yang dipanggil kali ini, pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee hanya mengekalkan 14 pemain yang tewas 2-0 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia di Jeddah Mac lalu selain seri 0-0 dengan Macau dalam aksi persahabatan di Melaka sebelum ini.

    Selebihnya Kim Swee menyenaraikan 11 muka baru termasuk tonggak tengah Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Amirulhadi Zainal serta pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abdul Latiff Suhaimi dan Khair Muhammad Jefri Jones dari pasukan Melaka United.

    "Inilah 'transisi' yang cuba saya lakukan dengan memanggil ramai pemain baru bagi menggantikan pemain lama ke dalam pasukan. Walaupun ini adalah penampilan pertama Latiff dan Khair di pentas antarabangsa saya percaya kedua-duanya sudah bersedia menghadapi cabaran di peringkat tertinggi ini," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, sebentar tadi.

    Kesemua pemain akan mula melaporkan diri di Wisma FAM pada Ahad ini kecuali 10 pemain Johor DT yang akan hanya menyertai latihan pusat pada 26 Mei sehari selepas tugasan Piala AFC bertemu kelab dari Filipina, Kaya FC di pusingan kedua selesai.

    Senarai Nama 25 pemain yang dipanggil

    Johor Darul Takzim

    1. Mohd Izham Tarmizi (Johor DT)- Penjaga Gol
    2. Mohamad Aidil Zafuan (Johor DT)- Pertahanan
    3. Mohamad Fadhli Shas (Johor DT)- Pertahanan
    4. Junior Estdal (Johor DT)- Pertahanan
    5. S Kunanlan (Johor DT)- Pertahanan
    6. Muhammad Fazly Mazlan (Johor DT)- Pertahanan
    7. Safiq Rahim (Johor DT)- Tengah
    8. Mohd Amirul Hadi Zainal (Johor DT)- Tengah
    9. S Chanturu (Johor DT)- Tengah
    10. Mohd Amri Yahyah (Johor DT)- Penyerang

    Selangor

    11. Muhammad Shahrom Kalam (Selangor)- Pertahanan
    12. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor)- Pertahanan/Tengah
    13. R Gopinathan (Selangor)- Tengah
    14. Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)- Penyerang

    Kedah

    15. Mohd Farhan Abu Bakar (Kedah) - Penjaga Gol
    16. Baddrol Bakhtiar (Kedah) - Tengah
    17. Mohamad Amirul Hisyam (Kedah) - Tengah
    18. Ahmad Fakri Saarani (Kedah)- Tengah

    Kelantan

    19. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) - Penjaga Gol
    20. Brendan Gan (Kelantan) - Tengah

    Felda United

    21. Christie Jayaseelan (FELDA United) - Tengah

    PDRM

    22. Abdul Latiff Suhaimi (PDRM) - Tengah

    Pahang

    23. Matthew Davies (Pahang) - Pertahanan

    Pulau Pinang

    24. S Kumaahran (Pulau Pinang) - Penyerang

    Melaka United

    25. Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United) - Pertahanan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wajah Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top