Seorang ketua kumpulan kongsi gelap atau yakuza terbesar di Jepun dihantar pulang untuk berdepan tuduhan jenayah di negara asal. Polis mengiringi Shuhei Yoshizawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi untuk menaiki penerbangan ke Osaka, Jepun, malam Sabtu lalu.

Yoshizawa dikehendaki di Jepun kerana penipuan elektronik berkaitan organisasi kongsi gelap Yamaguchi. Pada Mac tahun lalu, polis Osaka menyerbu syarikatnya dan menahan 25 suspek dipercayai anggota kumpulan yakuza terbesar di negara itu.
Bagaimanapun, Yoshizawa berjaya melarikan diri dan dikesan memasuki Thailand pada 30 Mac tahun sama. Natthorn memberitahu, Yoshizawa juga berada dalam senarai suspek diburu Interpol.
0 comments:
Post a Comment