My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 20 May 2016

    Guan Eng Menikmati Kebebasan Hasil Kelembapan SPRM



    Mengenang semula apa yang berlaku di Pulau Pinang beberapa bulan yang lalu, ianya kelihatan hampir pasti kerajaan negeri Pulau Pinang bakal bergoncang hasil daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

    Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya mededahkan bagaimana Lim Guan Eng menggunakan jawatannya selaku Ketua Menteri untuk membeli sebuah lot banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, dibawah kadar harga semasa.

    Beberapa hari kemudian, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula mendedahkan bagaimana penyalahgunaan kuasa berlaku keatas sebidang tanah di Taman Manggis yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk dibangunkan lot kondominium dan pusat perubatan swasta sedangkan lot berkenaan sepatutnya dibangunkan perumahan kos rendah.


    Akibatnya, pelbagai lapisan masyarakat bangkit mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan berpuluh-puluh laporan polis dan SPRM dibuat untuk menyiasat kes ini. Tidak lama kemudian, SPRM membuka kertas siasatan untuk menyiasat sebarang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Guan Eng terhadap dua kes ini.

    Namun, sehingga kini, SPRM masih gagal mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung status kes ini. Ianya seolah-olah membiarkan kes berkenaan berlalu begitu sahaja tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes ini. Jika ianya melibatkan kerajaan, tidak sampai sebulan, kertas siasatan pasti disiapkan, namun jika melibatkan pembangkang terutamanya DAP, SPRM seperti hilang upaya.

    Hasil kelembapan dan "hilang upaya" SPRM ini, Lim Guan Eng dilihat bebas untuk kemana-mana sahaja yang beliau ingin pergi. Malah beliau juga boleh mengunjungi negara luar tanpa perlu memikirkan apa sahaj urusan yang dilakukan oleh SPRM terhadapnya. Apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap SPRM kali ini?

    Sehingga kini, kita masih tertanya-tanya, apakah siasatan SPRM sudah diselesaikan atau sebaliknya. Jika masih belum selesai, apa yang masih menghantui SPRM untuk menyelesaikannya? Adakah SPRM berhajat untuk membiarkan sahaja kes ini kerana ianya melibatkan individu berprofil tinggi?

    Jika itu alasannya, kenapa SPRM begitu hebat menyelidiki dan mencari semua maklumat melibatkan 1MDB daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak? Adakah kedudukan Guan Eng jauh lebih tinggi dan hebat berbanding jawatan Perdana Menteri pada kacamata SPRM?

    Rakyat masih menunggu apa hasil siasatan dari pihak SPRM. Usah sampai rakyat menyatakan sesuatu yang kurang enak didengar berhubung intergriti dan kredibiliti SPRM dalam mengurus dan menyiasat sebarang salah laku melibatkan rasuah. Andai ini berlaku, adalah sesuatu yang cukup malang bagi SPRM.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guan Eng Menikmati Kebebasan Hasil Kelembapan SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top