My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 May 2016

    Trump Tersinggung Dilabel Bodoh


    Pendahulu senarai calon Presiden Amerika Syarikat(AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump mengakui beliau dan David Cameron tidak akan mempunyai hubungan baik selepas Perdana Menteri Britain itu melabelnya ‘penghasut, bodoh dan silap’. 

    Komen itu dibuat susulan kenyataan Trump yang mahu orang Islam dilarang melawat AS. Cameron turut menyelar Trump di Parlimen apabila menyatakan, seluruh rak­yat akan menentang bilio­nair AS itu sekiranya beliau melawat Britain.

    “Kami kelihatan se­perti tidak akan mempunyai hubungan baik,” kata Trump dalam temu bual bersama stesen televisyen Britain, ITV, Isnin lalu. Trump memberi gambaran itu apabila diajukan soalan bagaimana jalinan kerjasama dengan Britain akan dibentuk selepas beliau memenangi jawatan Presiden AS pada pilihan raya 8 November depan.

    “Saya berharap untuk menjalin hubungan baik dengan Cameron tetapi nampaknya beliau bersikap tidak acuh,” kata Trump yang sebelum ini mengakui tidak mempedulikan komen Cameron itu. AS merupakan sekutu Britain paling rapat, manakala pemimpin dua negara itu lazimnya mempunyai hubungan akrab.

    Pada awal bulan ini, Ca­meron enggan menarik balik komennya tetapi memberitahu bahawa Trump layak menerima penghormatan kerana berjaya melepasi pemilihan Parti Republikan yang sukar. “Kita berdepan pelbagai masalah dengan pengganas Islam,” Trump memberitahu ITV apabila dita­nya mengenai larangan penduduk Islam melawat AS itu.

    “Dunia kini meletup di sini sana dan bukan orang Sweden melakukan kemusnahan ini,” katanya. Trump juga tersinggung selepas dikritik Datuk Bandar London yang baharu, Sadiq Khan berhubung sikapnya terhadap orang Islam.

    “Beliau tidak mengenali saya, tidak pernah berjumpa saya. Saya rasa semua kenyataan itu sangat biadab. Selepas kemenangan Sadiq, Trump memberitahu akhbar New York Times bahawa beliau akan memberi pengecualian supaya Sadiq dapat melawat AS.

    Ketika disoal mengenai keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah (EU), Trump berkata: “Saya sudah berurusan dengan Kesatuan EU. Ia sangat birokratik. Amat susah. Namun, biarlah rakyat Britain membuat keputusan sendiri.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Tersinggung Dilabel Bodoh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top