My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 May 2016

    Man United silap pilih Mourinho




    Eric Cantona menegaskan Jose Mourinho bukan pengurus sesuai untuk Manchester United. "Saya tidak merasakan ia jenis bola sepak yang akan digemari oleh peminat Manchester United biarpun mereka menang," kata Cantona. 

    Cantona, pemain legenda Manchester United berkata, pemilihan Jose Mourinho adalah kesilapan dilakukan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Bekas bos Chelsea itu sedia menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford selepas pemecatannya disahkan semalam.

    Cantona meraikan hari jadi ke-50 hari ini, mengakui dia menghormati jurulatih Portugal itu tetapi yakin dia bukan calon sesuai untuk United. "Saya suka personaliti dimiliki, saya suka minat tingginya terhadap perlawanan dan jenaka ada pada dirinya.

    “Dia seorang bijak dan sentiasa mahukan 100% daripada pemainnya. Sudah tentu dia memenangi sesuatu," katanya. Mourinho akan memperbaharui permusuhan dengan Pep Guardiola di Manchester selepas pengurus Sepanyol itu menyertai City musim depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Man United silap pilih Mourinho Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top