Klip audio pertama dikatakan daripada pesawat MS804 EgyptAir menunjukkan tiada apa-apa yang membimbangkan ketika ia melintasi ruang udara Switzerland.

Rakaman itu didedahkan dalam pada data penerbangan menunjukkan kokpit mengalami masalah selain asap di dalam satu tandas pesawat itu membayangkan detik cemas sebelum nahas berlaku ketika Airbus 320 itu dalam penerbangan ke Kaherah dari Paris.
Juruterbang dikesan menghubungi Zurich kali terakhir pada lewat Rabu sebelum diserahkan kepada pengawal trafik udara di Padua, Itali. Rakaman audio itu dari laman web www.liveatc.net yang menyiarkan rekod kawalan trafik udara di seluruh dunia secara langsung.

Pihak berkuasa menganggap masih terlalu awal untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, tetapi bukti semakin menunjukkan bencana mengejut yang menyebabkan pesawat itu terhempas awal Khamis lalu. Menurut pihak berkuasa, pesawat terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum berpusing dan terhempas 11,600 meter ke laut tanpa sempat membuat panggilan kecemasan.
0 comments:
Post a Comment