My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 May 2016

    "Saya Sudah Banyak Bersabar Dengan Search," Yazit Ahmad



    “Saya memang sudah tawar hati dengan Search. Perasaan ini sudah lama dirasai tetapi saya banyak bersabar,” kata pemain dram Search, Yazit Ahmad mengenai konfliknya dengan penyanyi Search, Amy dan isterinya Norhasniza Hassan atau Nourish. 

    Sebelum ini Yazit, 54, membuat laporan polis mendakwa dia tidak mendapat bayaran daripada Search ketika membuat persembahan dengan mereka serta ditengking Nourish apabila bertanya mengenai wang yang sepatut diterimanya.

    Yazit ketika dihubungi berkata, dia tidak kisah sekiranya disaman pihak terbabit kerana dia hanya mempertahankan haknya. “Apa yang saya cakap ini ada kebenaran dan disertakan dengan bukti. Saya dimaki oleh Nourish hanya kerana bertanya mengenai wang yang sepatutnya saya terima,” katanya. 

    Menurutnya, apa yang dilakukan ini bertujuan menyelamatkan Search daripada individu yang tidak bertanggungjawab. “Perkara ini sudah terjadi dan tindakan perlu diambil. Jika Search perlu berpecah, saya akan tubuhkan Search Junior,” katanya.

    Sementara itu, Amy bersama anggota Search seperti Nasir, Din dan Kid akan mengadakan sidang media petang esok dipercayai mahu menjelaskan perkara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Saya Sudah Banyak Bersabar Dengan Search," Yazit Ahmad Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top