My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 May 2016

    ‘Pistol, Peluru Bukan Milik Saya’


    “Pa­cuan empat roda Ford Ranger itu milik saya tetapi bukan pistol atau peluru.” Demikian reaksi penyerang pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Safee Mohd. Sali mengenai pe­nemuan sepucuk revolver bersama 30 peluru hidup dalam Ford Ranger berwarna hijau miliknya ketika pemeriksaan polis kelmarin. 

    Mohd. Safee, 32, atau lebih dikenali sebagai Safee Sali memberitahu, dia memang terkejut dengan penemuan senjata api itu dan memberi­tahu itu merupakan kali pertama dia menghantar kenderaan ke kedai aksesori di Taman Setia Tropika di sini untuk membuat pengubahsuaian di luar kenderaannya. 

    “Saya dapat tahu mengenai perkara tersebut petang semalam (kelmarin) selepas dimaklumkan oleh pihak polis.

    “Saya sangat terkejut ke­rana pistol berada dalam kenderaan saya. Ford Ranger itu memang milik saya tetapi bukan pistol yang dijumpai oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Pistol, Peluru Bukan Milik Saya’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top