My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 May 2016

    Wei Feng Pastikan Malaysia Juara Kumpulan



    Skuad Piala Thomas negara menewaskan Korea Selatan 3-2 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C petang semalam dan sekali gus muncul juara kumpulan. 

    Berlangsung di Pusat Sukan Kunshan, skuad negara yang sudah pun menempah tiket ke suku akhir memperoleh mata pertama menerusi jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15.

    Gandingan Goh V Shem-Koo Kien Keat yang turun selepas itu tidak mampu menyaingi kehebatan beregu nombor satu dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong apabila tewas mudah 16-21, 11-21.

    Namun, kekalahan V Shem dan Kien Keat pantas ditebus oleh pemain perseorangan kedua Iskandar Zulkarnain Zainuddin mempamer aksi terbaik apabila menewaskan Lee Dong Keun 21-17, 21-15 untuk kembali meletakkan Malaysia di depan.

    Malaysia sekali lagi cemas seketika apabila gandingan Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong pula tewas 14-21, 22-24 ketika bertemu Kim Gi Jung-Kim Sa Rang. Pada ketika inilah muncul perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng muncul wira selepas menewaskan Jeon Hyeok Jin 21-13, 21-16 untuk memastikan Malaysia menjuarai kumpulan dan sekaligus dapat mengelak bertemu pasukan yang lebih kuat di Peringkat Suku Akhir..
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wei Feng Pastikan Malaysia Juara Kumpulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top