Sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan, bagaimana DAP bertindak memecat ADUN Teluk Datuk atas alasan penyalah gunaan dana yang diperuntukkan di DUN berkenaan. Tindakan DAP yang diibaratkan seperti "berlagak suci" pada kali ini, jika direnung sedalam-dalamnya, mempunyai helahnya yang tersendiri.
Tidak sukar untuk menilai ketelusan DAP dalam hal ini. Andai benar DAP serius mahu membenteras penyalahgunaan kuasa dalam DAP, pastinya individu pertama yang akan dipecat atau sekurang-kurangnya digantung adalah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang sehingga kini masih lagi disiasat oleh SPRM atas penyelewengan yang dilakukan olehnya.
Adakah Datuk Loh Chee Heng benar-benar bersalah seperti didakwa DAP Selangor? Sebenarnya, kes ini cukup diragui kesahihannya. Manakan tidak, andai benar dia melakukan kesalahan berkenaan, kenapa Jawatankuasa Disiplin DAP tidak membawa kes berkenaan kepada SPRM? Bukankah, sejak akhir-akhir ini SPRM sentiasa dilihat menyebelahi mereka?
Jawatankuasa Disiplin Parti DAP sebenarnya boleh bertindak memecat ahlinya jika melakukan sebarang kesalahan. Namun harus di ingat, Malaysia mempunyai undang-undangnya yang tersendiri, terutamanya dalam kes yang melibatkan kesalahan penyalahgunaan dana dan rasuah. Persoalannya, kenapa DAP tidak membawa kes ini kepada pengetahuan SPRM dan ditutup begitu sahaja?
Ini ada kaitannya dengan perseteruan antara parti berkenaan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Bukan sesuatu yang rahsia apabila DAP sendiri dilihat mempunyai masalah dengan pentadbiran Azmin setelah beliau enggan menuruti desakan DAP untuk memecat 4 orang Exco kerajaan negeri pada tahun lalu.
Ditambah pula dengan cara Azmin yang lebih kepada pro PAS berbanding Pakatan Harapan sehinggakan Azmin sendiri enggan memperakui kerajaan Selangor sekarang adalah Kerajaan Pakatan Harapan, DAP melihat Azmin sudah berani untuk menentangnya dan ini disifatkan oleh parti berkenaan sebagai suatu perkembangan yang cukup bahaya bagi kerajaan pembangkang berkenaan.
Justeru, tidak hairanlah sehingga hari ini, tindakan pemecatan yang dilakukan oleh DAP terhadap ADUN Teluk Datuk ini dilihat tidak lebih dari sekadar lakonan semata-mata. DAP yakin, ADUN yang dipecat berkenaan tidak akan berpaling tadah dan mereka cukup yakin, kerajaan Selangor masih milik pembangkang walaupun BN dan PAS serta seorang calon bebas membuat pakatan.
Apa yang DAP mahukan adalah menyingkirkan Azmin dari kerusi Menteri Besar dan melantik seorang yang mereka fikir boleh dikawal serta mengikut acuan dan kehendak DAP. Adakah rancangan besar DAP ini boleh menemui kejayaan? Jawapannya pasti ada di Pilihan Raya Kecil Parlimen P093 Sungai Besar.
DAP dan Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR menzahirkan sokongan mereka terhadap Parti Amanah Negara untuk bertanding di kerusi berkenaan manakala Azmin lebih berminat untuk melihat PKR bertanding. Andai Azmin gagal meletakkan calonnya di kerusi ini atau tewas walaupun calon PKR bertanding, pastinya tekanan lebih hebat akan menanti Azmin dan kerusi Menteri Besar yang didudukinya kini berada dalam keadaan bahaya.
0 comments:
Post a Comment