My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 May 2016

    Segera Perbaiki Skim Perkhidmatan Perguruan


    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  mahu Kementerian Pendidikan memberi perhatian serius kepada skim perkhidmatan guru sedia ada bagi memastikan skim perkhidmatan profesion itu menjadi lebih baik. 

    Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian pelbagai bentuk pujian dan pengiktirafan kepada golongan guru melalui sambutan Hari Guru setiap tahun tidak memadai bagi menghargai sumbangan golongan pendidik.

    Sebaliknya, kebajikan mereka perlu diberi perhatian dengan memberi kepedulian kepada skim perkhidmatan golongan guru, katanya.

    “Saya yakin dengan menteri pendidikan sekarang yang berlatarbelakangkan guru, sila lakukan sesuatu yang terbaik untuk rakan-rakan guru,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-45 di kampus Universiti Malaysia Sabah di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Segera Perbaiki Skim Perkhidmatan Perguruan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top