Pelakon Siti Elizad menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Gempak Superstar 2016 di Pinewood Studio, Iskandar, di sini, malam tadi. Elizad yang mempamer persembahan konsisten setiap minggu, menewaskan empat peserta lain iaitu Sherry Ibrahim, Nazim Othman, Arja Lee dan Soffi Jikan untuk membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pelakon, Arja Lee yang dianggap peserta pilihan sekadar di tempat ketiga dengan wang tunai RM15,000, menyampaikan lagu Salam Terakhir dan Sedang Ingin Bercinta. Soffi Jikan yang di tempat keempat dengan lagu Ibu Kota Cinta dan Assalamualaikum, membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Pemenang diputuskan berdasarkan sistem juri dengan 50 peratus daripada juri profesional iaitu Fauziah Ahmad Daud, Amy Mastura dan Datuk Yusof Haslam. manakala 50 peratus lagi daripada penonton. Pentas akhir Gempak Superstar dihoskan oleh Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad.
0 comments:
Post a Comment