My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 17 May 2016

    Mahathir, Pakar "Hijack" Majlis Dan Parti Orang



    Membicarakan tentang tingkah laku Tun Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini, pastinya ingatan akan terlambung pada kisah0kisah beliau sebelum ini. Beliau yang dilihat cukup aktif menyerang kerajaan sejak meninggalkan UMNO beberapa bulan lalu, nyata bukan seorang yang benar-benar "gentleman" dalam banyak hal.

    Tun M dilihat sebagai seorang yang cukup gemar mengambil alih sesuatu majlis mahupun parti politik yang telah ditubuhkan yang sememangnya sudah kukuh. Lihat sahaja tindakan beliau yang kini dilihat sebagai ancaman terbaharu oleh Datuk Seri Anwar terhadap Parti Keadilan Rakyat.

    Dibantu oleh Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR, beliau sewenang-wenangnya menggunakan platform PKR untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan tanpa keizinan Presiden PKR sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

    Nyata sekali tindakan Tun M ini mendapat tentangan keras dari Datin Seri Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar. Malah, Ketua Umumnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengutus 8 keping surat untuk mengingatkan semula ahli-ahli PKR supaya mengenang semula pengkhianatan Tun M terhadap dirinya.

    Begitu juga dengan apa yang beliau lakukan semasa program "Nothing 2 Hide" yang diadakan pada tahun lalu. Sepatutnya majlis berkenaan menjadi medan buat Datuk Seri Mohd Najib untuk menerangkan pelbagai isu yang membelenggu dirinya, namun Tun M yang hadir atas jemputan bertindak merampas majlis berkenaan untuk membolehkannya menyebar segala dakyah dan fitnah beliau terhadap Datuk Seri Mohd Najib.

    Ini belum lagi mengira bagaimana kehancuran yang dicipta olehnya terhadap UMNO pada tahun 1988 apabila Mahkamah Tinggi memutuskan UMNO diharamkan. Semua ini disebabkan oleh tindakannya yang cuba melemahkan pesainganya untuk jawatan Presiden UMNO sehingga menyebabkan tragedi hitam melanda UMNO pada waktu itu.

    Nyata nafsu politiknya telah menyebabkan negara pernah diperintah oleh MCA selama 4 hari sebelum Tun M berjaya membentuk semula UMNO hasil daripada kesilapannya sendiri. Dengan tertubuhnya UMNO baharu, secara automatiknya beliau memegang kad keahlian 0001 selaku Presiden UMNO dan menghumban keahlian 0001 milik Tunku Abdul Rahman pada waktu itu.

    Kini terserlahlah sikap sebenar Tun M yang amat gemar memanipulasikan keadaan untuk kelebihan beliau sendiri. Beliau tidak akan teragak-agak untuk ":hijack" majlis atau parti politik milik orang lain hanya demi kepentingan diri beliau sendiri.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahathir, Pakar "Hijack" Majlis Dan Parti Orang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top