My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 23 May 2016

    PRK Kuala Kangsar Guna Acuan Teluk Intan



    Barisan Nasional (BN) sudah punyai acuan sendiri untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dan acuan itu akan diguna pakai pada PRK Kuala Kangsar. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, acuan itu akan diguna pakai semula selepas melihat keberhasilannya pada PRK Teluk Intan sehingga membolehkan BN merampas kembali parlimen itu. 

    “Seperti saya sebutkan di Kuala Kangsar ini, kita (BN) masih menganggap kita sebagai 'underdog' selepas hanya menang dengan majoriti 1,082 undi. Acuan untuk PRK Teluk Intan akan diguna pakai dan kita akan menggandakan usaha mendapatkan hasil menberangsangkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Gerak Kerja BN PRK Kuala Kangsar di sini, hari ini. 

    Hadir sama Menteri Besar yang juga Pengarah Jentera PRK Kuala Kangsar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Mohamed Kamil Shafie.

    Terdahulu, Ahmad Zahid solat asar di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, dan menziarahi kubur bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Ghufran. Ahmad Zahid bersama Zambry dan jemaah lain turut menyertai majlis tahlil Allahyarham Wan Mohammad Khairi-il dan turut bertemu balu Allahyarham, Datin Mastura Yazid dan empat anaknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRK Kuala Kangsar Guna Acuan Teluk Intan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top