Jika dilihat kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau merasakan tiada lagi permusuhan antara beliau dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah berjabat salam di dalam Mahkamah Tinggi bulan lalu, sebenarnya adalah satu kesilapan paling besar yang dilakukan Mahathir hari ini.
Memetik kenyataan Anwar baru-baru ini, beliau berkata, beliau berharap tiada lagi mana-mana individu yang berusaha untuk mempertemukan beliau dengan Mahathir, tidak kira apa jua alasan sekalipun. Ini menampakkan, Anwar belum lagi dapat menerima kelibat mahupun memaafkan apa yang telah dilakukan oleh Mahathir, 18 tahun yang lalu.

Malah, sebelum ini, Anwar pernah menghantar 8 helai surat terbuka kepada PKR untuk berhati-hati dan jika boleh menjauhkan diri dengan apa yang sedang diusahakan Mahathir kerana beliau cukup yakin, Mahathir boleh menjahanamkan PKR dari dalam.
Namun, Timbalan Presiden PKR sendiri, Datuk Seri Azmin Ali dilihat antara individu yang cukup giat mempromosikan apa yang dilakukan oleh Mahathir, sesuatu yang cukup tidak disenangi Anwar selama ini.

Mahathir perlu berpijak di bumi nyata bahawa beliau sendiri yang memulakan permusuhannya dengan Anwar. Walaupun pada ketika itu, menerusi siasatan pihak berkuasa, sememanganya cukup bukti untuk mendakwa Anwar atas kesalahan rasuah dan kes liwatnya, namun, tindakan Mahathir yang berterusan menghina Anwar dan keluarganyalah yang menyebabkan dendam Anwar cukup sukar dipadamkan.
0 comments:
Post a Comment