Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali lebih banyak mendiamkan diri jika ada isu berbangkit mengenai corak pentadbirannya di negeri Selangor. Azmin lebih senang untuk mengelak dari menjawab apa sahaja yang membabitkan kesusahan rakyatnya, tetapi akan berubah menjadi aktif andai ditanya mengenai hal ehwal politik.
Mungkin bagi Azmin, politik adalah segala-galanya sehinggakan beliau sanggup untuk keluar dari Selangor hanya untuk menjayakan siri ceramah 1MDB yang dilakukan oleh Presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin dari bersekemuka dengan rakyat Selangor yang terjejas dengan krisis bekalan air.
Sebut sahaja apa jua isu yang membelenggu kerajaan Selangor dari isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG), isu kubah Masjid Shah Alam dimana wang yang diperuntukan, cukup luar biasa, mengeluarkan hampir RM 10 juta hanya untuk membaik pulih pintu gerbang Darul Ehsan yang sehingga kini terbengkalai, sehinggalah isu air, Azmin kekal membisu tanpa sedikitpun mahu mengulas mengenainya.
Ini belum lagi mengambil kira tuduhan rasuah wang dan perempuan yang menyelubungi kerajaan dirinya dari rakan separtinya, Rafizi Ramli. Setidak-tidaknya, Zuraida Kamaruddin mengakui memiliki 7 buah kereta yang didaftarkan atas namanya tanpa sedikitpun berdolak dalik.
Namun setiap kali ada pertikaian yang melibatkan dirinya, Azmin lebih senang mengelak sehingga menimbulkan persepsi bahawa, kerajaan Azmin sememangnya mengamalkan rasuah wang dan perempuan dalam urusan pentadbirannya. Lebih mendukacitakan, Azmin dilihat enggan langsung menemui penduduk yang terjejas dengan bekalan air yang membelenggu kira-kira 1,1 juta penduduk Selangor.
Adakah rakyat Selangor memilihnya hanya untuk mendiami kerusi empuk Menteri Besar serta mengelakkan diri dari membicarakan tentang masalah rakyat? Sudahlah deretan rumah pelacuran dan kedai-kedai haram judi yang tumbuh subur di negeri Selangor tidak di benteras, kilang-kilang haram juga wujud tanpa sedikitpun diambil tindakan oleh Azmin dan PBT dibawahnya.
Adalah amat malang buat warga Selangor apabila memilih Menteri Besar pekak dan bisu untuk menerajui kerajaan Selangor. Juga, adalah lebih baik buat rakyat negeri Selangor terus mengagungkan politik tanpa perlu memikirkan masalah bekalan air atau apa sahaja masalah rakyat yang langsung tidak akan dipandang oleh Azmin selaku Menteri Besar.
0 comments:
Post a Comment