My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 11 October 2016

    Debat Presiden US Jadi Debat Budak Sekolah





    Kelmarin, pusingan kedua Debat Calon Presiden yang berlangsung di St Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Ramai yang menjangkakan, kedua-dua calon Presiden Amerika ini akan menggunakan kesempatan debat ini untuk menyampaikan visi dan impian mereka andai terpilih kelak. Namun harapan berkenaan tidak menjadi kenyataan.

    Bayangkan, kedua-dua bakal "Chief of Command" kuasa besar dunia itu hanya menyentuh sedikit sahaja dasar yang akan dibawa oleh mereka andai menjadi Presiden Amerika. Malah dasar mereka terhadap rakyat juga hanya sedikit sahaja disentuh. Selebihnya, drama tuduh menuduh dan saling membuka pekung masing-masing sahaja yang dipersembahkan.

    Di pihak Donald Trump, beliau dilaporkan mengeluarkan ugutan secara terbuka terhadap pesaingnya, Hillary Clinton di mana beliau akan mengarahkan Peguam Negara Amerika untuk mencari apa sahaja bukti yang boleh menyumbat Clinton kedalam penjara sekiraanya memenangi kerusi Rumah Putih itu kelak.

    Sebelum ini, Hillary telah dituduh menyalahgunakan sumber email Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semasa masih menyandang jawatan Setiausaha Negara Amerika. Hal ini terbongkar setelah beberapa pihak mendedahkan isi kandungan email berkenaan yang disifatkan sebagai sensitif dan boleh mengancam keselamatan Amerika.

    Namun begitu, dipihak Hillary, mereka menafikan sekeras-kerasnya pendedahan berkenaan. Manakala FBI pula dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung isu ini malah enggan melayan spekulasi yang timbul.

    Dalam debat berkenaan, Hillary seolah-olah terikut-ikut dengan rentak kebudak-budakan Trump apabila mendedahkan komen berbaur seksual yang dikeluarkan Trump pada tahun 2005. Malah, Hillary juga menuduh Trump seperti orang gila dan panas baran yang langsung tidak boleh menjadi Presiden Amerika.

    Dakwa Hillary, andai Trump memiliki kuasa eksekutif ini kelak, dunia bakal berhadapan dengan bahaya akibat panas baran Trump. lebih memburukkan keadaan, Hillary turut mempertikaikan cara Trump mengelakkan diri dari membayar cukai.

    Justeru, perdebatan yang sepatutnya menjadi medan buat rakyat Amerika dan dunia menilai hala tuju Amerika setelah salah seorang mereka dilantik sebagai Presiden, nampaknya tidak berlaku.  Kedua-dua mereka lebih berminat untuk "membogelkan" antara satu sama lain sehinggakan dunia tertanya-tanya, apa dasar Amerika terhadap negara mereka dan komuniti antarabangsa kelak.

    Kurang sebulan sebelum Amerika bakal mengadakan Pilihan Raya Presiden, nampaknya, kedua-dua calon ini lebih memilih untuk menjadi calon kebudak-budakan daripada menjadi contoh ahli politik dunia. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan, politik Amerika kini boleh dianggap sebagai rojak dan penuh badut yang hanya sesuai diikuti oleh mereka yang gemarkan cerita peribadi daripada dasar yang lebih realiti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Debat Presiden US Jadi Debat Budak Sekolah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top