My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 11 October 2016

    Jaga Terima 16 Keping Cek Rasuah




    Seorang pembantu pegawai keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas 16 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM201,351 daripada seorang kontraktor pembekal pengawal keselamatan di sini, dua tahun lalu. 

    Tertuduh, Mohamad Don Adi Morshidi, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbang.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika ini bertugas di Pahang didakwa menerima rasuah menerusi cek sebanyak 16 kali daripada Kassim Rosli yang mempunyai kaitan rapat dengan pekerjaannya yang mana 15 keping cek di Public Bank cawangan Stutong, Jalan Setia Raja, Kuching manakala sekeping cek di Bank Alliance, Jalan Abell, Kuching.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa bertugas di Hospital Umum Sarawak di sini bermula 20 Januari hingga 16 Disember 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jaga Terima 16 Keping Cek Rasuah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top