Transaksi RM60 juta! Itulah jumlah wang yang dipindahkan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah ke akaun milik mereka di luar negara, selain anggaran nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan minggu lalu.
Sumber memaklumkan, SPRM menerima maklumat bahawa kedua-dua suspek telah memindahkan wang berjumlah lebih RM30 juta ke akaun milik mereka di tiga buah negara. “Maklumat awal mendapati pengarah terbabit memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya adalah milik timbalan pengarah,” jelasnya.
Selain itu, sumber turut mendedahkan, nilai geran dipercayai milik pegawai berpangkat timbalan pengarah tersebut iaitu geran tanah perumahan, pertanian dan komersial di beberapa lokasi di negeri ini mencecah RM30 juta.
“Sebanyak 127 geran tanah itu telah dinilai oleh pakar dan hasil penilaian mendapati kesemuanya dianggarkan bernilai RM30 juta,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment