Umum sedia maklum, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan seorang yang telah dihadapkan kemahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap pemilikan sebuah lot banglo di Jalan Pinhorn dan penukaran status tanah di Taman Manggis. Fakta ini tiada siapa dapat menafikannya.
Namun menariknya, beliau seumpama selebriti buat NGO BERSIH apabila dijemput khas oleh NGO berkenaan untuk merasmikan gerakan BERSIH 5 di Pulau Pinang hari ini. Dalam ucapannya, Guan Eng mengutuk insiden yang berlaku di Sabak Bernam dimana seorang peserta konvoi BERSIH 5 di belasah oleh sekumpulan peserta Gerakan Baju Merah.

Adakah Guan Eng terlupa bahawa beliau sendiri kini berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah melibatkan penyalahgunaan kuasa? Jika beliau mendakwa kerajaan hari ini mengamalkan rasuah, bagaimana pula dengan kerajaan negeri yang diketuainya? Adakah cukup bersih dan tidak mengamalkan corak pentadbiran ala-ala samseng?
Sehingga hari ini, Guan Eng masih gagal menjawab beberapa isu yang menyelubungi pentadbirannya di Pulau Pinang. Apa yang sebenarnya berlaku terhadap projek Terowong Dasar Laut yang telah menyaksikan, lebih RM 300 juta lebur begitu sahaja setelah Guan Eng bertindak menyingkirkan Beijing Urbanisation Construction Group (BUCG) dari projek berkenaan?
Bagaimana pula dengan kediaman flat kos sederhana yang hari ini didiami oleh mereka yang memiliki kemampuan yang lebih daripada sepatutnya? Dimanakah janjinya untuk membina rumah mampu milik di Pulau Pinang? Bagaimana pula halnya dengan tuduhan rasuah yang diamalkan oleh kerajaan pimpinannya sehingga menyaksikan Guan Eng didakwa di mahkamah?

Tidak salah untuk mengatakan bahawa, Guan Eng sebenarnya sedang membicarakan tentang dirinya sendiri sewaktu menunding jari mencari kesalahan SPR dan kerajaan hari ini. Lebih melucukan, BESIH membersihkan segala kekotoran yang memaliti Guan Eng hanya untuk menjadikan gerakan berkenaan lebih kuat dan relevan pada mata penyokong pembangkang.
0 comments:
Post a Comment