My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 10 October 2016

    Mampukah PAS Kekal Dengan Pendiriannya?



    Setiap kali negara sedang menuju kearah Pilihan Raya Umum, antara subjek yang selalu diberi perhatian adalah pendirian PAS dalam arus politik semasa. Bukan satu rahsia lagi, PAS sememangnya berdiri dipihak permbangkang sejak sekian lama. Namun menerusi reformasi besar-besaran hasil daripada Muktamar PAS tahun lalu, PAS akhirnya berpatah arang berkerat rotan dengan DAP.

    Menariknya, setelah setahun bermusuhan sehingga menyaksikan PAS dikhianati ahli sendiri sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara tahun lalu, beberapa pemimpin DAP dilihat menebalkan muka memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

    Tidak cukup dengan itu, DAP menyuruh "hamba-hamba sahaya" mereka dari PKR dan PAN untuk memujuk PAS dengan pelbagai alasan. Dakwa mereka, PAS selaku salah sebuah parti politik pembangkang paling senior dalam politik tanahair, PAS wajar berada dalam Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

    Namun begitu, jika diteliti dan difahami maksud tersirat disebalik ungkapan yang dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan, usah menjadikan PAS sebagai anak tangga kepada orang lain, mudah disimpulkan bahawa, PAS memang enggan lagi berada dalam pakatan pembangkang.

    Malah, kenyataan Nasrudin Hassan Tantawi yang memberi syarat, sebarang perbincangan untuk penggabungan PAS samada dengan PKR atau PAN, parti-parti berkenaan harus memisahkan diri dengan DAP adalah petanda jelas bahawa PAS enggan lagi bersama-sama DAP dalam satu Pakatan.

    Lebih menarik lagi, Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tetap mahu mengekalkan gabungan mereka dengan Parti Ikatan Malaysia serta kerjasama baik antara parti itu dengan UMNO daripada memikirkan untuk kembali menjerat diri dengan DAP dan PKR.

    Persoalannya, adakah pendirian ketiga-tiga pemimpin PAS ini dapat diterjemahkan keakar umbi? Paling utama, adakah PAS akan kekal komited dengan keputusannya untuk tidak kembali kepada Pakatan Harapan? Sejarah telah membuktikan bahawa PAS dilihat paling kerap membuat pusingan U terhadap keputusan mereka sendiri.

    Jika pusingan U sekali lagi dibuat PAS, ianya bukan satu perkara yang mengejutkan kerana PAS kini sedar, mereka sukar untuk berjuang secara sendirian dalam arus politik negara sekarang. Benar, mereka mungkin mampu meneruskan pentadbiran di Kelantan, namun apa yang ditunjukkan semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah membuktikan, pengaruh mereka sedikit demi sedikit dihakis oleh PAN.

    Jika mereka masih berdolak dalik tentang pendirian mereka sendiri, bukan satu perkara mustahil PAS akan berjaya dihancurkan DAP menerusi pengkhianatan ahlinya sendiri. Inilah yang harus diberi keutamaan oleh Datuk Seri Abdul Hadi disamping membenteras pengaruh Anwarinas yang turut sama menghancurkan PAS dari dalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mampukah PAS Kekal Dengan Pendiriannya? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top