My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 5 September 2017

    Kemampuan Prasarana Urus Pengangkutan Rel Di Malaysia Diteruskan Di Arab Saudi




    Dalam usaha Malaysia menuju kesebuah negara maju menjelang tahun 2020, antara aspek utama yang amat dititik beratkan oleh kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) adalah sistem jaringan pengangkutan awam yang tersusun dan mampu bergerak seiring dengan keperluan semasa.

    Dengan diuruskan oleh Prasarana Malaysia, semua pihak mengakui bahawa sistem pengangkutan awam rel Malaysia adalah antara yang paling tersusun dan efisyen di rantau ini. Ianya diserlahkan menerusi cara pengurusan dan ketepatan masa yang membolehkan lebih sejuta pengguna di negara ini menikmati pengangkutan rel yang cukup lancar dan efisyen.

    Membicarakan corak pengurusan yang teratur ini, satu lagi projek yang dikawal selia oleh Prasarana Malaysia adalah projek train Metro Mekah yang hari ini telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Arab Saudi sendiri.

    Dengan menguruskan kira-kira 2.35 juta jemaah dari seluruh dunia, Metro Mekah ini dilihat sebagai satu pilihan terbaik buat jemaah haji. Sebenarnya, Metro Mekah ini mula dibuka pada 13 November 2010 untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji antara 25 dan 29 November 2010 dan sehingga kini, sistem pengangkutan rel ini tidak pernah gagal menguruskan jemaah haji saban tahun.

    Dengan menggunakan nama rasminya dalam bahasa Arab, Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro yang bermaksud Keretapi Tanah Suci perkhidmatan keretapi ini meliputi jarak sepanjang 18.1 kilometer di kota Mekah, Arab Saudi yang menghubungkan stesen-stesen di Arafah, Muzdalifah dan Jamrah untuk kegunaan jemaah yang berkhemah di kawasan berdekatan dengan laluan berkenaan.

    Seperti di Malaysia, Prasarana juga turut membina fasiliti-fasiliti untuk digunaa bagi melancarkan pengangkutan rel ini di Mekah. Fasiliti seperti menguruskan stesen, fasiliti stesen dan bangunan; depoh, fasiliti depoh, bangunan dan peralatan; tren, sistem isyarat, bekalan kuasa, pintu platform, sistem komunikasi, kawalan dan bilik peralatan telekomunikasi.

    Malah, penyelenggaraan juga perlu bagi CCTV, kamera termasuk pembangunan program komputer, sistem pengurusan penumpang; lif dan eskalator, lanskap dan penurapan. Semua ini telah menarik perhatian kerajaan Arab Saudi yang memberikan penarafan terbaik terhadap cara pengurusan dan kelancaran operasi Metro Mekah ini.

    Setidak-tidaknya, kemampuan Prasarana dalam menguruskan Metro Mekah ini telah berjaya menutup mulut pengkritiknya dari kalangan pembangkang di Malaysia terutamanya Rafizi Ramli yang kerap kali memfitnah projek ini sebagai satu projek yang akan gagal sepenuhnya dan akan merugikan negara pada masa akan datang.

    Sehingga hari ini, difahamkan, kontrak Prasarana untuk menguruskan Metro Mekah akan disambung malah kerajaan Arab Saudi juga kini sedia mempertimbangkan penglibatan Prasarana dalam pembinaan projek rel di Arab Saudi pada masa akan datang. Inilah bukti kemampuan anak Malaysia melalui syarikat yang dikawal selia oleh kerajaan dan diharapkan mampu terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemampuan Prasarana Urus Pengangkutan Rel Di Malaysia Diteruskan Di Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top