SEJAK sedekad lalu, perkembangan dalam bidang teknologi telah menyebabkan dunia ini bagaikan tiada sempadan terutamanya dengan kemunculan internet.
Menerusi rangkaian internet ini, segala urusan boleh dilakukan dengan mudah, segala-galanya hanya di hujung jari.
Pelbagai manfaat diperoleh daripada internet seperti berkomunikasi, menjalankan pengiklanan dan perniagaan terutamanya apabila wujud pelbagai media-media sosial yang boleh diakses untuk tujuan itu.
Namun, di sebalik kemudahan yang tersedia itu, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyalahgunakan internet untuk menebar berita-berita palsu dan fitnah. Apa yang lebih berbahaya ialah kesan daripada perbuatan itu sedikit sebanyak mengganggu gugat kesejahteraan yang telah lama terjalin antara penduduk berbilang kaum di negara ini.
Untuk mengatasi masalah itu, setiap individu harus mempunyai kawalan kendiri terutamanya ketika melayari internet. Oleh itu, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu dijadikan rujukan untuk mengetahui batasan dalam menggunakan internet.
Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, orang ramai perlu menjadikan kod itu sebagai panduan kerana mereka berkeupayaan untuk memuat naik sesuatu kandungan di internet.
Menurutnya, CMCF sentiasa mempromosi kawalan kendiri kepada masyarakat untuk mengharungi era yang serba moden kini. “Sepertimana yang kita ketahui, internet mudah diakses melalui medium elektronik berangkai.
Kesan negatif
“Kita perlu menyedari bahawa kandungan yang dimuat naik itu kadangkala tidak terkawal dan boleh mendatangkan kesan negatif. Oleh itu, kod etika ini menjadi rujukan penting untuk mengawal selia kandungan media sama ada di internet atau di medium-medium lain,” katanya.
Tambahnya, justeru dalam hal ini, kita sebagai pengguna harus sentiasa bertanggungjawab dan hendaklah bersama-sama mempraktikkan kawalan kendiri dalam kehidupan seharian terutamanya ketika menggunakan internet.
Kod kandungan yang diterima pakai oleh CMCF adalah bertujuan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dalam membentuk garis panduan dan tatacara serta piawaian kandungan yang baik.
Pada dasarnya, kod kandungan itu memberi garis panduan tentang pendekatan yang bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan dan menggariskan tatacara kawalan kendiri yang boleh menghasilkan wadah bagi melahirkan kreativiti, inovasi serta pembangunan sihat industri yang sentiasa berubah.
Kod kandungan itu boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web, www.cmcf.my. Mohd. Mustaffa Fazil berkata, kod etika ini perlu dijadikan panduan bagi individu yang menggunakan dan mengendalikan rangkaian elektronik berangkai seperti televisyen, radio serta internet.
“Sebagai contoh, untuk mengiklankan sesuatu produk yang disiarkan di televisyen, radio mahupun internet, terdapat garis panduan yang perlu diikuti. Kod ini menerangkan tentang kandungan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk menghasilkan sesuatu iklan itu,” katanya.
Tambahnya, antara kebaikan yang diperoleh sekiranya mengikuti garis panduan kod ini ialah mereka akan mendapat perlindungan daripada pendakwaan jika didakwa oleh mana-mana pihak.
Dalam masa yang sama, Mohd. Mustaffa Fazil berkata, kesedaran kawalan kendiri itu masih kurang terutamanya di laman sosial kerana banyak kandungan seperti berita dan iklan yang dimuat naik tidak mengikut garis panduan.
“Oleh itu, kita lihat banyak berita palsu yang tersebar di internet dan kemudiannya menjadi tular. Sebagai pengguna internet, jika individu itu tidak senang dengan berita tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti seseorang, mereka boleh melaporkan perkara berkenaan kepada CMCF untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, CMCF mempunyai biro aduan yang sedia membantu mereka di luar sana untuk menangani masalah itu.

0 comments:
Post a Comment