My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 October 2017

    Hans Nyaris Diserang Angin Ahmar



    PENERBIT dan pelakon Datuk Hans Isaac mendedahkan doktor mengesan dia hampir diserang angin ahmar ringan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta akibat pengsan, Ahad lalu. 

    Hans dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) diikuti Unit Dependensi Tinggi (HDU) selepas rebah ketika membuat latihan untuk kejohanan golf di Kelab Golf TPC Kuala Lumpur.

    "Pemeriksaan doktor mendapati degupan jantung tidak teratur dan ujian MRI menunjukkan saya hampir diserang angin ahmar ringan," katanya yang sudah dibenarkan pulang hari ini.

    Pelakon berusia 46 tahun itu berkata, masalah terbabit dipercayai berpunca daripada tekanan dan dinasihati berehat secukupnya di rumah. "Saya dinasihatkan mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan tekanan. Buat masa ini, saya menyerahkan tugas tertentu kepada kakitangan untuk diuruskan," katanya.

    Susulan daripada itu, Hans berkata dia tidak akan menyertai kejohanan golf yang bakal berlangsung dua minggu lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hans Nyaris Diserang Angin Ahmar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top