RED BULL membuktikan pasukan mereka jaguh di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila pelumba sensasinya, Max Verstappen merangkul kemenangan Grand Prix (GP) Malaysia yang dianjurkan buat kali terakhir selepas SIC mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan Formula Satu (F1) semalam.
Bintang muda kelahiran Belanda yang meraikan hari jadi ke-20 tahun kelmarin memenangi perlumbaan tersebut penuh bergaya apabila memintas pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton untuk tempat pertama pada pusingan keempat dan dia langsung tidak menoleh ke belakang sehingga saingan 56 pusingan tamat.

Malang berganda buat Ferrari selepas insiden pada GP Singapura dua minggu lalu hampir berulang di SIC apabila Kimi Raikkonen yang sepatutnya bermula di petak kedua semalam ‘bersara’ daripada perlumbaan selepas jentera pemandu dari Finland tersebut mengalami masalah teknikal.
Keputusan perlumbaan GP Malaysia semalam menyaksikan Hamilton yang kini mengumpul 281 mata berjaya melebarkan jurang dalam perebutan kejuaraan dunia F1 ke atas seterunya, Vettel menerusi kelebihan 34 mata dengan saingan berbaki lima perlumbaan lagi.
0 comments:
Post a Comment