My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    Negara Kini Pengeksport Oleokimia Sawit Utama Dunia



    Malaysia menjadi pengeksport oleokimia sawit utama dunia dengan jumlah pengeluaran 1.2 juta tan untuk separuh pertama tahun ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, nilai eksport oleokimia sawit negara dijangka terus meningkat kepada 6.3 peratus antara 2017 dan 2020 membabitkan nilai dagangan AS$26.8 bilion (RM114 bilion). 

    “Ia didorong perkembangan industri sawit negara serta penyelidikan dalam bidang oleokimia untuk penghasilan produk pengguna seperti kosmetik, bahan pencuci dan pelincir mesra alam. “Malah industri sawit adalah penyumbang keempat terbesar kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia dan usaha mentransformasi industri sawit akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya. 

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Reaktor Keempat Loji Penghasilan Ester (EP4) dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) milik Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK), di sini semalam.

    Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Kushairi Din dan Ketua Pegawai Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian. Sementara itu, Oi Hian berkata, KLK melabur RM40 juta untuk membangunkan loji keempat bagi pengeluaran oleokimia itu.

    “Loji baru ini akan membolehkan pengeluaran tambahan 10,000 tan metrik oleokimia setahun, menjadikan keseluruhan pengeluaran berjumlah 35,000 tan metrik setahun dari empat loji,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Negara Kini Pengeksport Oleokimia Sawit Utama Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top