My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    Polis Tahan Dua Ibu Tunggal, Rampas Dadah Di Pulau Gaya



    Polis merampas 1,006.22 gram dadah jenis syabu dengan nilai pasaran kira-kira RM70,000 selepas menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pondo, Pulau Gaya Isnin lepas. 

    Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata dadah berkenaan dijumpai disorok di dalam dua batang pokok nibung yang bahagian hujungnya ditebuk sebelum dipacakkan dari dasar laut hingga ke lantai rumah berkenaan, yang kelihatan seolah-olah tiang rumah.

    Katanya bahagian hujung pokok nibung yang mencecah lantai di dalam rumah di perkampungan atas air itu ditutup dengan kepingan papan sebelum dilapis dengan papan lapis dan tikar. "Di dalam setiap batang nibung itu dijumpai dua beg plastik yang mengandungi 33 paket yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Katanya dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bandaraya Kota Kinabalu turut menahan dua suspek wanita, kedua-duanya ibu tunggal bermumur 26 dan 36 tahun di rumah berkenaan selain menyita pelbagai jenis barang berharga termasuk gelang dan rantai emas bernilai kira-kira RM24,000.

    Menurut Chandra, wanita berumur 36 tahun bertaraf penduduk tetap mengusahakan kedai runcit di rumahnya yang juga disyaki sebagai penjaga stor kepada dadah itu manakala suspek kedua tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

    Katanya dadah berkenaan dipercayai untuk diedar di kawasan Pulau Gaya dan Kota Kinabalu. Kedua-dua suspek yang kini sedang ditahan reman hingga 9 Okt disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

    Sementara itu, Chandra berkata tahun ini sahaja, polis Bandaraya Kota Kinabalu sudah menahan 19 suspek, 16 daripadanya lelaki dan tiga wanita, di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan rampasan dadah sebanyak 2.6 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM185,000.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tahan Dua Ibu Tunggal, Rampas Dadah Di Pulau Gaya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top