My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 6 March 2018

    Kebangkitan Cemerlang United



    Voli menarik pada lewat permainan yang dilakukan tonggak Manchester United, Nemanja Matic memastikan kemenangan pasukannya selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menundukkan Crystal Palace 3-2 di Selhurst Park sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, pagi tadi. 

    Palace yang tidak pernah menang ke atas United pada siangan Liga Perdana, mendahului pada minit ke-11 menerusi Andros Townsend yang menerima hantaran Christian Benteke.

    Tuan rumah mendahului dua gol pada awal babak kedua apabila sepakan percuma yang diambil Jeffrey Schlupp disambut pertahanan kiri, Patrick van Aanholt dan cubaan pemain itu gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, David de Gea.

    United merapatkan kedudukan tujuh minit kemudian apabila Chris Smalling yang tidak dikawal, menanduk masuk hantaran lintang Antonio Valencia dan menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Romelu Lukaku.

    Matic muncul wira pasukannya apabila voli yang dilakukan dari jarak 25 meter, gagal ditepis penjaga gol tuan rumah, Wayne Hennessey dan kejayaan itu membolehkan United mengumpul 62 mata, 16 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

    “Ia jaringan yang menarik,” kata Matic. “Saya gembira bagi pihak pasukan, bukan kerana saya menjaringkan gol tetapi kerana kami menang dan mengumpul tiga lagi mata. Kami menunjukkan karektor selepas ketinggalan 2-0 dan mereka pula bermain dengan sokongan padu penyokong.

    “Kami gembira kerana berjaya mengubah keputusan perlawanan. Setiap mata adalah penting dan memang berbaloi dapat memenangi perlawanan seperti ini.” United kini sembilan mata di depan pasukan di tangga kelima, Chelsea ketika saingan merebut empat tangga teratas untuk ke Liga Juara-Juara musim depan semakin sengit.

    Kejayaan itu juga membolehkan skuad kendalian Jose Mourinho kembali mengatasi Liverpool yang ketinggalan dua mata di belakang sebelum mereka bertemu di Old Trafford, Sabtu ini sambil Tottenham Hotspur, dua mata di belakang Reds. Ketika berbaki sembilan perlawanan, Palace kini menduduki tangga ketiga terbawah dengan 27 mata dan hanya satu mata di atas zon penyingkiran
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kebangkitan Cemerlang United Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top