Misteri kepala seorang wanita yang ditemui mati tanpa badan di tebing Batang Lupar berhampiran Skait Lama di sini pada Sabtu lalu terungkai apabila polis mengesahkan mangsa merupakan warga China dan merupakan isteri kepada seorang peniaga tempatan di sini.
Identiti kepala wanita berkenaan yang berusia 31 tahun itu dikenal pasti selepas bapa mangsa juga seorang warga China membuat pengecaman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, susulan proses pengecaman itu, polis kemudian mengambil keterangan daripada seorang peniaga berusia 42 tahun yang juga suami kepada wanita itu.
“Peniaga itu memberi keterangan berhubung kehilangan isterinya meragukan menyebabkan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut. Ekoran itu, kes penemuan kepala yang sebelum ini dikategorikan sebagai mati mengejut telah diklasifikasi semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata beliau semalam.
0 comments:
Post a Comment