My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 3 March 2018

    MCA Komited Kekal Jadi Kuasa Pengimbang


    Di dalam dunia ini, bukan satu perkara yang menghairankan apabila perlunya ada kuasa pengimbang dalam segenap aspek. Ianya merangkumi kehidupan setiap hari malah, ianya juga perlu dalam memastikan keseimbangan kuasa terus berkesinambungan. Seandainya tiada kuasa pengimbang, sudah tentu akan wujud ketidak seimbangan dalam kehidupan seharian.

    Inilah yang cuba dilakukan oleh MCA di dalam Barisan Nasional. Umum sedia maklum bahawa Barisan Nasional di anggorai oleh berbilang kaum dan agama. Tidak dapat dinafikan, tulang belakang Barisan Nasional adalah UMNO yang berjuang untuk survivor orang Melayu di negara ini.

    Maka dari sinilah MCA memainkan peranan yang cukup penting. Manakan tidak, disaat UMNO menjadikan agenda kaum Melayu sebagai teras perjuangan, MCA pula meletakkan agenda kaum Cina sebagai teras perjuangan mereka sejak dari awal pembentukan Perikatan sehinggalah terbentuknya Barisan Nasional.

    Namun, perlu ditekankan, walaupun MCA meletakkan agenda kaum Cina sebagai teras, namun, mereka juga berpegang teguh kepada perjuangan Barisan Nasional yang menjadikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua agama, fahaman politik, kaum mahupun idealogi sebagai keutamaan dalam membentuk kerajaan.

    Inilah yang membezakan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Malaysia menerusi slogan Selamatkan Malaysia. Sejak dari dahulu lagi, UMNO, MCA dan MIC yang menjadi teras kepada Barisan Nasional bergerak dalam satu pasukan untuk menyatu padukan semua kaum, agama dan bangsa di bawah satu panji.

    Namun di dalam Pakatan Harapan, masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri dan sehingga kini masih gagal di selaraskan. DAP sebagai contoh memperjuangkan Malaysia Malaysian yang berteraskan Republik. Ini sekaligus menolak sama sekali hak Ketuanan Melayu di negara ini.

    Malah, DAP juga sedaya yang boleh cuba mewujudkan api persengketaan antara kaum yang mana, mereka cuba mewujudkan perasaan kurang senang antara kaum Melayu dan kaum Cina. Hari ini kita sudah dapat melihat bagaimana sudah wujud perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan lebih buruk lagi, kaum India juga turut diheret sama oleh DAP yang menyemai politik kebencian.

    Mahukah kita menyaksikan negara Malaysia yang aman sentosa yang didiami oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa ini berpecah belah dan seterusnya hancur hanya disebabkan perasaan syak wasangka yang begitu menebal? Mahukah kita menjadi banyak negara yang mengalami pemberontakan etnik dan kaum hanya disebabkan kebencian?

    Disinilah letaknya peranan UMNO, MCA, MIC dan semua parti komponen Barisan Nasional bagi menjamin keseimbangan kuasa dapat dipelihara. Benar UMNO masih lagi teras utama Barisan Nasional namun, suka ataupun tidak, kita tidak dapat menafikan hak dan keseimbangan yang wujud didalam semua parti komponen BN.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Komited Kekal Jadi Kuasa Pengimbang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top