“Selalunya kami akan melancarkan model baru di pasaran India dan Eropah, namun kali ini Malaysia terpilih kerana kami percaya ini sebahagian strategi dalam mengukuhkan pasaran dan komitmen kami di Malaysia.
“Kami yakin Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan,” katanya di majlis pelancaran Honor 9 Lite di sini, semalam.
Menurutnya, direka dengan ciri yang cantik dan praktikal, Honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. ADVERTISING Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ berdefinisi tinggi dan menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian depan dan belakang.
Honor 9 Lite dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian. Honor 9 Lite boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray pada harga hanya RM749.
0 comments:
Post a Comment