My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 9 May 2016

    Bantu 44,000 Umat Islam Urus Harta


    Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) mengumumkan kejayaan membantu 44,000 umat Islam di Malaysia dalam urusan perancangan dan pengurusan harta pusaka mengikut hukum syarak sehingga 31 Disember tahun lalu. 

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, pencapaian itu menepati sasaran ditetapkan syarikat pada awal 2015 di mana majoriti pelanggan terdiri daripada mereka yang menyediakan dokumen Hibah bagi aset masing-masing iaitu mewakili 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan baru tahun lalu manakala bakinya adalah mereka yang melanggan produk lain. 

    “Pencapaian ini menunjukkan kesedaran lebih baik dalam kalangan umat Islam mengenai Hibah dan keberkesanan dalam pembahagian harta kepada waris serta peranan aktif dilaksanakan hampir 1,000 perunding terlatih kami di seluruh negara.

    “Sebelum ini, kebanyakan umat Islam beranggapan bahawa wasiat adalah satu-satunya dokumen yang mesti disediakan jika mereka ingin membahagikan harta, namun mereka kini mulai faham dengan jelas perbezaan di antara wasiat dan hibah melalui kempen penerangan agresif dilakukan sejak 12 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

    Sehingga Disember 2015, Wasiyyah Shoppe menyediakan hampir 25,000 dokumen hibah untuk pelanggan di mana ia adalah penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia.

    Sementara itu, Wasiyyah Shoppe turut mengunjurkan seramai 100 pelanggannya pada tahun ini akan menggunakan perkhidmatan antarabangsa bagi menguruskan harta pusaka menerusi kerjasama strategik dengan firma guaman berpengalaman berpusat di Perth, Australia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bantu 44,000 Umat Islam Urus Harta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top