My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 9 May 2016

    Kejayaan SUPP Di Sarawak Menjadi Aspirasi MCA



    Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru berakhir Sabtu lalu memberikan gambaran jelasa bahawa DAP yang sememangnya menjadi taboo dikalangan parti komponen Barisan Nasional yang mewakili suara kaum Cina di Malaysia, masih boleh dikalahkan walaupun terpaksa bertanding di kubu kuat mereka.

    Ini dibuktikan oleh Sarawak United People's Party (SUPP) yang berjaya memenangi beberapa kerusi yang sememangnya menjadi kubu kuat DAP di Sarawak. Tanpa memperdulikan seteruk mana kempen yang DAP jalankan untuk menjatuhkan calon BN, mereka tetap bangkit melawan dan akhirnya, SUPP berjaya menewaskan DAP di beberapa kerusi dan sekaligus memalukan DAP yang sebelum ini hebat memukul canang bahawa mereka tidak akan mungkin dapat dikalahkan.

    Hal ini nyata menarik perhatian para pemimpin tertinggi MCA yang melihat kemampuan SUPP ini cukup mengagumkan. Manakan tidak, dengan hanya bertanding di 13 kerusi DUN yang kesemua lawannya adalah DAP, mereka berjaya melemahkan penguasaan DAP di beberapa DUN termasuklah di Batu Kawah, antara kubu kuat DAP di Sarawak.

    Pastinya, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong akan mengambil aspirasi kemenangan SUPP di Sarawak ini bagi memantapkan jentera parti bagi membantu kemenangan mutlak Barisan Nasional dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang.

    Paling utama kedua-dua pemimpin berwawasan tinggi MCA ini mahu membuktikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa MCA adalah ejen DAP di dalam Barisan Nasional adalah silap. Apa yang mungkin dapat dipelajari menerusi kemenangan moral SUPP di Sarawak adalah, sikap tidak gentar dan takut terhadap DAP walaupun mereka mendakwa mereka cukup dominan di Sarawak.

    Hakikat sebenar yang cuba diselindungkan oleh DAP adalah, mereka sebenarnya tidaklah sehebat mana dalam arena politik melainkan cuba menyemai perpecahan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Justeru, mengambil aspirasi kemenangan SUPP inilah MCA membulatkan tekad mereka untuk bangkit melawan DAP pada masa yang akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kejayaan SUPP Di Sarawak Menjadi Aspirasi MCA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top