Hangat diperkatakan kini tentang penghentian penjualan produk makanan McDonald's, Quater Pounder with Cheese yang kononnya dikaitkan dengan tindakan dari JAKIM yang dikatakan mengeluarkan arahan penghentian juala produk ini kerana dikatakan haram dimakan oleh umat Islam di negara ini.
Hebahan seumpama ini sememangnya cukup melampaui batas kerana pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun mengharamkan produk ini dari dipasarkan di seluruh rangkaian restoran McDonald's di seluruh Malaysia.
Malah pihak McDonald's sendiri cukup terkejut dengan hebahan fitnah seumpama ini yang disifatkan oleh mereka sebagai berniat jahat mahu merosakkan reputasi dan kredibiliti McDonald's sebagai penyedia makanan segera halal di Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald's Malaysia, pihak McDonald's Malaysia menjelaskan, penghentian penjualan produk ini dilakukan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan penyelarasan semula menu-menu sajian yang disediakan oleh semua rangkaian McDonald's di Malaysia.
Penghentian ini, menurut McDonald's Malaysia, adalah langkah strategik perniagaan mereka bagi membolehkan McDonald's Malaysia memperkenalkan menu-menu baharu pada masa hadapan. Jelas mereka lagi, ianya tiada kena mengena dengan fitnah yang dilemparkan kononnya pihak JAKIM mengeluarkan arahan untuk menghentikan penjualan menu ini serta merta.
Penghentian penjualan menu ini sebenarnya bukan perkara baharu bagi McDonald's. Sebagai contoh, Prosperity Burger yang hanya disediakan apabila menjelang Tahun Baru Cina, turut hanya dijual secara menyeluruh selama 4 bulan sebelum ianya dihentikan penjualannya secara berperingkat-peringkat.
Malah, banyak lagi menu-menu yang disediakan oleh McDonald's turut mengamalkan cara yang sama bagi mengekalkan momentum permintaan menu mereka terhadap pelanggan setianya.
Dalam perkembangan yang sama, McDonald's Malaysia turut menegaskan, produk kepingan daging lembu yang diperolehi oleh mereka, sipervuat dan dibekalkan dari Australia, New Zealand dan Brazil dimana kesemua pembekal ini telah diluluskan 100 peratus oleh pihak JAKIM dan Jabatan Veterinar Malaysia.
Oleh itu, semua bekalan yang diterima oleh McDonald's Malaysia 100 peratus disahkan halal, sama seperti bekalan daging ayam yang dibekalkan di seluruh rangkaian McDonald's di Malaysia. Untuk sebarang rujukan, orang ramai boleh melayari http://www.mcdonalds.com.my/food/halal untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.
Justeru itu, semua pihak diminta untuk menghentikan sebarang fitnah yang dilemparkan kepada McDonald's Malaysia kononnya penyedia makanan segera ini menyediakan bekalan makanan yang tidak halal serta diragui kebersihannya.
Pihak McDonald's tidak pernah berkompromi dalam memastikan kesemua bekalan daging dan ayam di restoran mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan halal, sesuai dengan piawaian yang telah disediakan oleh pihak JAKIM dan pihak McDonald's Malaysia itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment