My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 9 May 2016

    Bot Dinaiki Empat Individu Hilang Disahkan Karam

    LOKASI BOT: Mohd Zubli menunjukkan lokasi sebuah bot dinaiki empat individu termasuk sepasang suami isteri pelancong dari Sepanyol yang dipercayai karam, ditemui di Kudat, semalam.  — Gambar Bernama

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan bot dinaiki empat individu termasuk dua pelancong Sepanyol yang dilaporkan hilang semasa balik dari Pulau Balambangan lewat Isnin lalu, telah karam.  Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata ini berdasarkan petunjuk bahawa bot itu telah ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada 10 pagi semalam dan pengesahan satu daripada enjin bot oleh adik pemilik bot itu. 

    “Bot dengan dua enjin itu didapati tersangkut pada jaring seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Amir di kira-kira 2.8 batu nautika di utara Tanjung Simpang Mengayau,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

    Beliau berkata berikutan maklumat itu, APMM menghantar aset ke lokasi berkenaan dan menemukan satu unit enjin jenama Yamaha 3 kuasa kuda manakala satu lagi enjin 30 kuasa kuda masih berada di dalam air kerana nelayan berkenaan tidak dapat mengangkatnya kerana terlalu berat.

    “Adik pemilik bot (Tommy Lam Wai Yin) iaitu Alen Lam telah mengesahkan daripada diskripsi pada enjin dan tanda-tanda yang ada bahawa ia adalah enjin bot abangnya,” katanya.

    Katanya, unit penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan APMM akan ke lokasi itu bagi mengangkat enjin berkenaan yang berada pada kedalaman antara 23 meter hingga 40 meter. Sehubungan itu, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan untuk mencari keempat-empat individu yang hilang itu.

    Dalam insiden lewat petang Isnin lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel,kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik bot dan resort di Tanjung Simpang Mengayau, Tommy Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

    Mereka yang dalam perjalanan dari Pulau Balambangan sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada jam 8 malam hari sama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bot Dinaiki Empat Individu Hilang Disahkan Karam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top