• PANAS

    Wednesday, 9 August 2017

    Australia Larang Kritik Kerajaan



    Penjawat awam Australia akan dikenakan tindakan ta­ta­tertib jika mereka me­ngirim e-mel peribadi yang mengkritik dan menekan butang like pada status menghentam kerajaan dalam media sosial, lapor agensi berita Xinhua semalam. 

    Larangan itu terkandung dalam garis panduan media sosial Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Australia yang dikemas kini bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak berat sebelah ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

    Tindakan sama boleh dikenakan jika mereka gagal mengasingkan diri daripada status negatif tentang kerajaan dalam media sosial. “Jika anda like sesuatu di platform media sosial, anda dianggap menyokong komen tersebut seperti anda sendiri yang menaipnya.

    “Perkongsian status dalam media sosial juga membawa kesan sama. Tidak berbuat apa-apa tentang komen negatif yang dihantar oleh orang lain dan disiarkan menerusi laman sosial, anda akan dianggap sebagai menyokong perkara itu,” menurut garis panduan itu lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Australia Larang Kritik Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top