My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 10 August 2017

    Emas Bola Sepak Di Bumi Sendiri Lebih Bermakna



    PEMENANG pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar (gambar kecil) mene­gaskan, kejayaan memenangi ‘ibu segala pingat’ itu di laman sendiri jauh lebih bermakna berbanding memenanginya di tempat orang. 

    Baddrol antara pemain yang membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas pada temasya sukan dwitahunan di Indonesia itu me­ngakui pasukan remaja negara memiliki keupayaan tersendiri untuk berbuat demikian pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) nanti.

    Keyakinan pemain tengah Kedah itu hadir selepas menyaksikan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Bola Sepak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China pada Januari depan.

    Ekoran kejayaan tersebut, Baddrol yakin bahawa Kim Swee dapat mengulangi kemampuannya untuk menjulang emas acara bola sepak di bumi sendiri selepas kali terakhir melakukanya ketika Malaysia menjadi hos pada edisi 1989.

    Mengulas lanjut, Baddrol menggambarkan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak di laman sendiri akan menjadi kejayaan paling bermakna berbanding kemenangannya di Indonesia tujuh tahun lalu.

    “Tidak dapat dinafikan acara bola sepak akan menjadi tumpuan dalam mana-mana Sukan SEA dan kali ini, kita turun sebagai pasukan tuan rumah. Saya fikir kita mampu keluar daripada bayangan Thailand mahupun Myanmar yang mana mereka sebelum ini dilihat sebagai pasukan pilihan. 

    “Berdasarkan pencapaian pada pusingan kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok bulan lalu, saya percaya skuad B-22 negara akan tampil lebih bersemangat untuk membuktikan sesuautu,” jelas Baddrol semalam.

    Dalam perkembangan lain, Kim Swee mendedahkan, tiga pemain yang direhatkan sebelum ini iaitu Amirul Hisyam Awang Kechik, Syamer Kutty Abba dan Ariff Farhan Md Isa kembali menyertai sesi latihan pusat di Padang Latihan Sime Darby FC Bukit Jelutong, Shah Alam semalam.

    Jelas pengendali kelahiran Mela­ka itu, beliau gembira dengan kehadiran tiga pemain tersebut yang akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sepasukan selepas mereka direhatkan gara-gara keletihan mengharungi beberapa perlawanan kompetitif bersama pasukan Kedah dan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Emas Bola Sepak Di Bumi Sendiri Lebih Bermakna Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top