• PANAS

    Thursday, 3 August 2017

    Neymar Makin Hampir Ke PSG


    Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi memberi bayangan urusan membawa masuk bintang Barcelona, Neymar ke kelab tersebut semakin hampir direalisasikan. Beberapa akhbar di Perancis mela­porkan, perpindahan mega menelan belanja €222 juta (RM1.1 bilion) itu mungkin akan selesai dalam tempoh beberapa ha­ri lagi. 

    Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Neymar kini berada di Doha, Qatar untuk menja­lani ujian kesihatan, namun pe­main berusia 25 tahun itu melalui laman sosial Instagram mendedahkan bahawa dia akan kembali pulang ke Sepanyol selepas me­nyertai lawatan komersial ke China.

    Bagaimanapun, Al-Khelaifi enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan perpindahan Neymar itu tetapi berharap segala spekulasi tersebut akan dapat ditamatkan dengan segera. “Saya fikir masih terlalu awal untuk saya menjawab mengenai soalan berkaitan perpindahan Neymar. Dia masih seorang pemain Barcelona, kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti.

    “Kami sangat menghormati kontrak pemain dan pasukan mereka. Saya tidak mahu bercakap mengenai­nya ketika ini dan berharap isu ini akan segera dimuktamadkan. Saya tidak mi­nat untuk mendedahkan mengenai pe­­ratusan keja­yaan kami untuk mendapatkan Neymar kerana hanya masa akan menentukan,” katanya.

    Sementara itu, Al-Khelaifi tidak me­nolak bahawa kehadiran Neymar ke PSG mampu memberi impak besar kepada pasukan berkenaan dari segi kemampuan pasukan untuk bersaing serta aspek publisiti dan kewangan kelab yang berpangkalan di Parc des Princes tersebut.

    “Neymar merupakan pemain bintang dan saya mahu ulangi bahawa dia juga masih pemain Barcelona. Membawa masuk pemain bintang bukan hanya melibatkan persoalan na­ma dan reputasi tetapi mereka haruslah sesuai dengan gaya permai­nan kelab ini.

    “PSG memang berhasrat untuk mengumpul semua pemain terbaik dunia di sini bagi meningkatkan kemampuan pasukan supaya kelab ini mampu mencapai matlamat yang diinginkan,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Neymar Makin Hampir Ke PSG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top